Selepas hampir satu tahun setengah, Blue Protocol bakal menutup tirainya pada 18 Januari 2025.
Bandai Namco membuat pengumuman ini di laman rasmi Blue Protocol.
Sehubungan itu, versi luar Jepun juga akan dibatalkan seiring dengan penutupannya.
Blue Protocol selepas empat tahun menjadi antara game yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat MMORPG tetapi apabila keluar permainan ini hanya indah khabar dari rupa.
MMORPG ini dilancarkan di PC, PlayStation 5 dan juga Xbox Series.
“Dukacita dimaklumkan kami akan mengikut versi Jepun Blue Protocol yang akan ditutup pada hari Sabtu 18 Januari 2025. Sehubungan dengan itu, kami juga tidak lagi mampu untuk meneruskan pembikinan Blue Protocol untuk versi Amazon Games selepas mengadakan perbincangan bersama mereka,” kata jurucakap Bandai Namco.
Menurut pemain-pemain Blue Protocol, antara puncanya adalah masalah pengurusan oleh Bandai Namco, bugs yang terlalu lama untuk dibaiki, masalah Endgame dan grind yang berulang-ulang.
Teras permainan ini juga dikatakan terlalu kosong dan tidak memberansangkan serta menarik minat pemain.
Jadi benarlah ramai yang mengatakan permainan ini hanya indah khabar dari rupa.