BMW kolaborasi bersama OG, turut umum manga

BMW Esports mengumumkan semalam yang mereka akan meneruskan kempen “United In Rivalry” dengan inisiatif baharu dan pasukan yang akan menjadi partner. Dalam perjanjian itu, partner ini bukanlah pasukan yang bermain e-sukan League of Legends.

Oleh itu, mereka umumkan pasukan OG (Dota 2) yang akan menyertai. Namun, menurut Esports Observer, nilai kolaborasi ini tidak dinyatakan kepada umum namun OG akan mengibarkan bendera BMW dalam acara-acara e-sukan.

Lebih menarik, OG bersama partner lain seperti Cloud 9, Fnatic, FunPlus Phoenix, G2 Esports dan T1 akan menjadi sebahagian daripada manga dihasilkan oleh karyawan Jepun, Acky Bright. 

Manga ini yang dinamakan “United in Rivalry – The Manga” akan menampilkan pasukan ini sebagai hero dalam dunia fantasi pengembaraan.

Ini pastinya satu berita yang menarik memandangkan jenama kereta terkenal, BMW ingin terus berada dalam industri e-sukan.

Sumber rujukan: Esports Observer

RELATED NEWS

+