Boba Fett pula akan tiba di Fortnite

Disember ini, Boba Fett daripada Star Wars: The Book of Boba Fett akan tiba di Fortnite dan kemungkinan Fennec Shand juga akan bersamanya di Item Shop.

Hal ini didedahkan oleh Fortnite melalui Twitternya. Ketibaan Boba Fett ke permainan itu adalah bersempena Disney+ Day, dan dijadualkan akan tiba pada 24 Disember ini 7.00 pm ET (25 Disember 8.00 am MYT).

Sementara itu, ia juga tidak memperincikan samaada Fennec Shand akan sertai Boba Fett walaupun dia juga ditampilkan di dalam poster itu bersama Shield Potion dan kebarangkalian sebuah emote berasaskan simbol Mandalorian, Mythosaur.  

Star Wars: The Book of Boba Fett akan mula ditayangkan pada 29 Disember ini di Disney+, iaitu beberapa hari selepas persilangan ini berlaku. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

 

RELATED NEWS

+