BoBoiBoy berkolaborasi dengan PUBG Mobile?

Laman rasmi Boboiboy hari ini membuat satu hantaran di Facebook mengenai acara yang akan datang.

Lebih mengejutkan status yang dikeluarkan adalah “Winner-winner…”. Seperti yang ramai tahu, tagline ini dikenali untuk PUBG Mobile yang menunjukkan pasukan/pemain itu berjaya memenangi perlawanan,

Winner-Winner Chicken Dinner adalah istilah yang sering digunakan.

Sudah semestinya page rasmi PUBG Mobile juga ada memberi komen memberitahu hal ini bakal berlaku.

Ini adalah animasi pertama dari Malaysia bakal berkolaborasi dengan PUBG Mobile.

Pada jam 8 malam ini di media sosial rasmi PUBG Mobile, mereka akan melancarkan iklan acah berdurasi 16 saat yang memaparkan suara BoBoiBoy.

Mereka menggunakan tagline “Kuasa Tidak Mengenal Usia” bagi tema kolaborasi kali ini.

Kolaborasi ini lebih menjurus kepada thematic BoBoiBoy dalam permainan contohnya menggunakan payung terjun 3D BoBoiBoy, set dan topi.

RELATED NEWS

+