BOOM Esports hantar Team Spirit pulang ke ‘airport’

BOOM Esports sekali lagi berjaya membuktikan ini bukan pengakhiran apabila berjaya menangi 1-0  ke atas Team Spirit.

Team Spirit adalah juara TI10 dan tiada siapa sangka BOOM Esports boleh melakukannya.

Early Game

Pada mulanya Team Spirit berjaya mendapatkan First Blood.

Early Game perlawanan berbolak balik di antara kedua-dua pasukan dan BOOM Esports mengalami masalah dengan Lifestealer dari Team Spirit.

Semua bermula berubah pada minit ke-20 apabila BOOM Esports berjaya mendapatkan Aegis dari Roshan tanpa berlawan langsung.

Namun kesilapan berlaku apabila Lifestealer YATOROGOD ditangkap di bottom lane dan kesemuanya mula kecundang untuk Team Spirit di situ.

Mid Game

Sekali lagi di minit ke-30 BOOM Esports berjaya mendapatkan Aegis dan hampir dicuri oleh Nyx Asssasin tetapi berjaya dihantar jauh dengan Glimpse dari Disruptor.

Aegis diberi kepada Shadow Fiend.

Late Game

BOOM terus mendominasi dan berjaya mendapatkan Rax Bottom Lane dan membunuh Lifestealer dan Nyx Assasin dalam proses. Musuh pula tiada buyback.

Minit ke-40 Mars dari BOOM Esports berjaya menggunakan Ulti untuk memerangkap 3 hero Team Spirit dan dua masih menunggu masa respawn.

Mereka kemudian terus menyerang Ancient Dire dan berakhir disitu.

BOOM Esports berjaya mengalahkan Team Spirit dengan barisan Merci, Shadow Fiend, Mars, Disruptor dan Beastmaster.

Namun, BOOM Esports bakal menghadapi halangan susah mereka seterusnya iaitu PSG.LGD.

RELATED NEWS

+