Borderlands 3 Adalah Game PC Paling Laris Walaupun Eksklusif Untuk Epic Games Store

Pelancaran Borderlands 3 untuk versi PC khas untuk Epic Games Store membangkitkan pelbagai kontroversi sehinggakan ada pemain sanggup memboikot Borderlands 3. Namun, ini tidak menghalang game terbaru looter shooter untuk siri Borderlands ini mencatat rekod yang menakjubkan dari segi jualan.

Hari ini, penerbit siri Borderlands, 2K mengumumkan Borderlands 3 telah berjaya memecah dua rekod iaitu game paling pantas dijual dalam sejarah 2K dan game paling laris untuk PC.

Meskipun versi PC hanya eksklusif di Epic Games Store, Borderlands 3 telah mengumpul jualan 5 juta unit dalam jangka masa lima hari selepas pelancaran rasmi pada 13 September 2019. Game ini juga pecah rekod pra-tempah Epic Games Store iaitu menjadi game paling banyak dipra-tempah.

Borderlands 3 juga dijual 50 peratus lebih daripada Borderlands 2 yang mana menjadikan siri Borderlands mengaut keuntungan sebanyak RM4.179 bilion (USD$1 bilion). Ini merupakan francais kedua 2K berjaya mencapai kejayaan ini.

Selain itu, seramai 70 peratus pemain bermain Borderlands 3 secara digital dan mengambil takhta Most-Watched Game (game paling ramai ditonton) di Twitch pada hari pelancaran. Borderlands 3 menjana tontonan lebih daripada 14 juta jam di Twitch iaitu meningkat dua kali ganda daripada Borderlands 2 yang menjana catatan tontonan itu sepanjang 7 tahun. 

Kami masih lagi tengah buat kecoh dalam Borderlands 3 untuk review penuh kami. Nantikan review kami akan datang dalam jangka masa terdekat. 

Borderlands 3 kini telah dilancarkan di PS4, Xbox One, PC (Epic Games Store).

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+