Borderlands 3 akan dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series X

Permainan looter shooter Borderlands 3 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X pada masa depan. Berita ini diumumkan oleh Gearbox Software di acara Gearbox PAX Digital Showcase.

Versi PS5 dan Xbox Series X ini akan mempunyai beberapa ciri-ciri baharu seperti tetapan 4K 60FPS untuk permainan single-player dan permainan multi-pemain skrin berbahagi untuk tiga dan empat orang pemain.

Jika anda sudah memiliki Borderlands 3 di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One, anda akan menerima naik taraf percuma ke versi PS5 dan Xbox Series X jika anda berpindah ke konsol-konsol tersebut.

Permainan dua pemain secara skrin terbahagi menegak juga akan diperkenalkan di konsol generasi kini dan konsol generasi baharu melalui sebuah kemaskini percuma.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+