Borderlands 3 Bakal Ada Sistem Ping Sama Seperti Apex Legends

Gearbox Software akan memasukkan sistem ping iaitu ciri aksesibiliti yang pernah diperkenalkan oleh Apex Legends ke dalam game terbaru mereka, Borderlands 3. Ciri ini diumumkan oleh pembangun semasa GuardianCon baru-baru ini.

Klip di bawah menunjukkan aksi sistem ping dalam Borderlands 3:

Sistem ping dalam game looter shooter ini berfungsi dengan memberi isyarat-isyarat seperti menandakan posisi musuh, menyuruh untuk selongkar peti, beri petanda tentang klu-klu persekitaran atau memberitahu lokasi pemain sendiri yang boleh dilihat dalam peta.

Sistem ping ini sangat membantu semasa bermain mod co-op bagi mereka yang tidak mahu bercakap melalui mikrofon atau untuk pemain kelainan upaya. Penambahan sistem ping ini juga sesuai jika korang mahu bermain dengan pemain lain secara online.

Antara ciri aksesibiliti lain yang bakal hadir dalam Borderlands 3 adalah sokongan Xbox Adaptive Controller, pemetaan kawalan sendiri, sari kata bersama pilihan kapsyen untuk orang pekak dan bisu. Apa paling menarik sekali adalah pengenalan sistem level syncing buat pertama kali dalam Borderlands 3. Sistem ini membolehkan pemain level 30 untuk bermain bersama-sama level 10 tanpa masalah dapat loot berbeza level.

Baca lagi: Borderlands 3 Sudah Ada Tarikh RASMI, Pamer Karakter Baru Dan Berjuta-juta Senjata!

Dengan kehadiran Borderlands 3 tidak lama lagi, Gearbox mengeluarkan DLC baru untuk Borderlands 2 bertajuk Commander Lilith & The Fight for Sanctuary yang mana korang boleh dapatkan secara percuma!

Borderlands 3 bakal dilancarkan pada 13 September 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+