Borderlands 3: Cara Untuk Dapatkan Senjata Emas Legendary Dalam Sekelip Mata

Dalam game berbentuk looter shooter ni, tak sah kalau korang tak eksploit komponen untuk dapatkan koleksi senjata-senjata yang gempak.

Melalui PC Gamer, pemain Borderlands 3 telah menjumpai lubuk terbaik yang mana pemain mengalahkan Loot Tink iaitu seorang goblin penyamun yang melimpahkan banyak senjata legendary.

Korang bolehkan Loot Tink ini dalam sekelip mata sahaja di Eden-6 untuk melihat senjata berwarna emas ini melayang keluar. Untuk mengakses lokasi Eden-6, korang perlu bermain Borderlands 3 dalam tempoh 8 jam ke atas tetapi ini anggaran kami sahaja bergantung kepada korang jika korang main side mission sekali.

Peta Jakobs Estate. Sumber: u/WhimsicalJest di Reddit

Inilah caranya untuk dapatkan limpahan senjata legendary untuk korang sendiri.

  1. Pastikan korang set kepayahan (difficulty) ke Mayhem 3. Mayhem 2 dan 1 boleh digunakan juga tetapi tak menyengat sangat kalau korang gunakan senjata salah. Nota: Kepayahan Mayhem ini akan muncul selepas korang habiskan game ini.
  2. Pergi ke Jakobs Estate di Eden-6. Pergi ke lokasi yang telah ditanda di atas dan korang perlu redah sekumpulan penyamun dan cari Loot Tink yang mempunyai warna keunguan. Dia selalunya akan muncul dahulu di bawah dek.
  3. Kalahkan Loot Tink menggunakan senjata yang ada elemen shock untuk pecahkan perisai bersama-sama senjata elemen api selepas itu.
  4. JANGAN lupa buka beg Loot Tink selepas kalahkannya. Ada kemungkinan besar banyak lagi senjata berwarna emas dan ungu dalam beg itu.

Itu dia lubuk emas yang dicari-cari. Apa yang paling syok, korang boleh ulang kembali proses ini dengan keluar ke menu game dan masuk kembali dalam game ini! Ulanglah sebanyak mana korang nak sebelum Gearbox betulkan eksploitasi ini.

Kalau nak tahu berbaloi ke tak main Borderlands 3, nantikan review penuh dari kami! Sambil-sambil tunggu review kami, selamat mencuba tip ini!

Borderlands 3 telah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+