membuka penutup botol sambil ditutup mata."> membuka penutup botol sambil ditutup mata." /> membuka penutup botol sambil ditutup mata." />

Borderlands 3 Cuba Lakukan Bottle Cap Challenge

Bottle Cap Challenge merupakan antara trend yang telah menjadi tular di laman sosial. Trend ini dipopularkan oleh selebriti antarabangsa, tempatan dan juga orang awam dari seluruh dunia cuba buka penutup botol dengan pelbagai cara dalam cabaran ini. Bagi saya, Donnie Yen menang cabaran ini dengan membuka penutup botol sambil ditutup mata.

Kini, tiba pula masa sebuah video game untuk melakukan percubaan Bottle Cap Challenge ini. Borderlands 3 merupakan game terbaru dibangunkan oleh Gearbox Software menampilkan seorang Psycho cuba membuka penutup botol yang diletakkan di atas kepala Psycho lain. Psycho adalah musuh yang sering mengejar pemain kerana obsesi melampau dengan pencarian Vault.

Keputusannya adalah…. seperti dijangkakan dan menepati gaya siri looter shooter yang penuh dengan lawak tak kering gusi. Korang boleh saksikan Bottle Cap Challenge versi Borderlands 3 di bawah:

Ya, penutup botol berjaya dibuka tetapi lagi seorang Psycho itu turut ‘buka’ dan ‘pecah’ beberapa gigi. Selain Psycho, terdapat juga game lain yang melakukan cabaran ini. Korang boleh lihat Jade daripada Mortal Kombat mengatasi Bottle Cap Challenge ini dengan mudah.

Baru-baru ini, Borderlands 3 mengeluarkan jemputan kepada semua pemain untuk hadir ke majlis Celebration of Togetherness. Majlis ini berlangsung dengan kehadiran trailer baru yang menunjukkan Moze, Amara, Zane dan FL4K bergembira bersama-sama sambil dihujani loot senjata dan berlatarbelakangkan lagu popular 1960an bertajuk Happy Together dinyanyikan oleh The Turtles.

Borderlands 3 bakal dilancarkan di PC (Epic Games Store), PS4 dan Xbox One pada 13 September 2019.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+