Borderlands 3: Dapatkan Senjata Legendary Lebih Banyak Sempena Ulangtahun Ke-10

Pejam celik pejam celik, tak sangka siri Borderlands sekarang sudah berusia 10 tahun menjelang 20 Oktober 2009 iaitu hari pelancaran rasmi Borderlands pertama.

Sempena ulangtahun ke-10 ini, Gearbox mendedikasikan pelbagai acara menarik sepanjang bulan Oktober dan awal November dalam Borderlands 3.

Pelbagai aktiviti akan disediakan dan berubah mengikut tema pada setiap minggu bermula dengan Boss Week. Pada minggu Boss Week, korang mempunyai peluang cerah untuk menerima senjata Legendary untuk sesetengah bos.

Dengan kenaikan peluang sebegitu, korang boleh mula mengalahkan bos bermula sekarang sehingga hari Rabu, 9 Oktober pada 12:00 a.m. Nak tahu bos mana yang akan memuntahkan loot Legendary, ikuti pautan ini.

Bukan itu sahaja, Gearbox menyiapkan keseluruhan aktiviti untuk sambutan ulangtahun ke-10 ini. Berikut adalah tema untuk empat minggu akan datang dalam Borderlands 3:

  • Minggu 1 (2-8 Oktober): Bonus Boss Loot
  • Week 2 (9-15 Oktober): Rare Spawn Hunt
  • Week 3 (16-22 Oktober): Show Me the Eridium
  • Week 4 (23-28 Oktober): Mayhem on Twitch
  • Week 5 (30 Oktober-4 November): Kejutan rahsia

Minggu ini tentu sesuai untuk korang bersama rakan-rakan korang untuk mengumpul loot berharga. Borderlands 3 semestinya satu peningkatan besar berbanding game Borderlands sepanjang satu dekad ini tetapi cuma cerita tidak menyengat seperti dulu kala. Baca review penuh Borderlands 3 di sini.

Borderlands 3 kini dilancarkan sekarang di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+