Born kini menjalani latihan industri tapi masih bersama Orange Esports

Pemain Orange Esports, Mohammad Harith (Born) akan meneruskan latihan industri namun masih bersama pasukan itu.

Pengurusnya, Raz Ellysa Razali atau Alice berkata, pemain muda itu boleh menyertai pasukan pada bila-bila masa.

“Ya benar Born menjalani latihan industri.

“Tapi pada masa yang sama, kami takkan halang dia dari menyertai lineup untuk MPL MY S10 nanti,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Orange Esports (@orangeesportsteams)

Born adalah pemain EXP Lane yang handal menggunakan hero seperti Esmeralda.

Di kejohanan terdahulu, Orange Esports berjaya meraih gelaran naib juara di MPL MY musim kesembilan. Dari kekalahan berturut-turut sehinggalah kemasukan Garyy dan Valenz, pasukan itu berjaya menukar rentak kekalahan dan menunjukkan dominasi mereka di arena MLBB.

Meskipun penuh dengan lineup baru hasil kolaborasi bersama Team Haq, Orange Esports berjaya mendapatkan tempat kelima di MSC 2022 selepas tewas di tangan Filipina, OMEGA Esports.

RELATED NEWS

+