Bottle sangat selesa bermain Tank Jungler

Posisi tank jungler adalah salah satu meta terbaru di MPL Malaysia dan Indonesia. Hero seperti Baxia dan Balmond sering digunakan ketika ini.

Jungler untuk pasukan BTR Alpha iaitu Bottle menunjukkan prestasi yang baik menggunakan hero seperti di atas. Beliau mula diturunkan di dalam skuad utama bersama Rippo selepas beberapa minggu menjadi simpanan.

Boleh dikatakan bakat Bottle sebagai jungler sangat cemerlang dan beliau adalah salah satu pemain yang paling digeruni ketika bersama dengan Genflix Aerowolf di musim ketujuh.

Bottle mengungkapkan bermain tank jungler itu sesuatu yang menyeronokkan. “Bermain hero tank jungler itu sangat santai dan menyeronokkan, ia tidak memerlukan kemahiran mekanikal yang tinggi”.

“Pada sesiapa yang ingin mencuba, saya sarankan cuba Baxia, Hylos, Balmond dan Aulus,” ujarnya. Kita dapat lihat Baxia menjadi pemilihan utama pasukan MPL ketika ingin mencuba meta ini. Kemahiran hero itu untuk bergerak pantas di dalam peta menjadi salah satu faktor pemilihan.

Ketika ditanya perbandingan diri beliau dengan jungler dari pasukan hebat yang lain “Saya sangat yakin dengan kemahiran saya jika dibanding dengan Alberttt, Ferxiic dan Celiboy. Jika ditanya tentang siapakah top jungler di MPL Indonesia selain saya? jawapnya tiada sesiapa.” ungkap Bottle.

Sumber rujukan: ONE Esports

Foto: Bigetron Esports

RELATED NEWS

+