Bracket Playoff MPL MY kini diumumkan

Peringkat playoff MPL Malaysia musim kelapan akan bermula pada minggu hadapan. MPL Malaysia sudah mengumumkan format playoff sebentar sahaja tadi. 

Pasukan Suhaz Esports akan bertemu dengan pasukan Bosskurr pada perlawanan pertama. Seterusnya, pusingan kedua menyaksikan pasukan Homebois akan berlawan dengan juara musim ketujuh iaitu pasukan RSG MY.

Selepas selesai kedua-dua pusingan ini, pasukan Geek Fam akan bertemu dengan juara kumpulan A iaitu Orange Esports manakala pasukan SMG akan berlawan dengan juara kumpulan B iaitu Todak di perlawanan terakhir hari jumaat.

Siapakah di antara pasukan ini yang akan mara ke peringkat seterusnya? Adakah kita akan dapat lihat kebangkitan pasukan Bosskurr untuk menjadi juara bagi musim kali ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Foto dan sumber: MPL Malaysia

 

RELATED NEWS

+