Bracket Playoffs untuk MPL ID musim kelapan didedahkan

Selepas lapan minggu bermain di peringkat liga, MPL Indonesia musim kelapan kini akan kembali di dalam peringkat playoff pada 21 Oktober sehingga 24 Oktober ini.

Pasukan ONIC Esports dan RRQ Hoshi yang berjaya mendapatkan tempat pertama dan kedua di peringkat liga akan menunggu pesaing dari pusingan pertama. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Alter Ego akan bertemu dengan pasukan BTR di pusingan pertama dan EVOS Legends akan bertemu dengan Aura Fire.

Pemenang di antara perlawanan Alter Ego dan BTR akan bertemu dengan RRQ Hoshi manakala pemenang di antara perlawanan EVOS Legends dan Aura Fire akan bertemu dengan ONIC Esports.

Pasukan yang tewas pada pusingan pertama akan terus disingkirkan dan pasukan yang tewas pada pusingan kedua akan mempunyai peluang sekali lagi di peringkat lower bracket.

Peringkat playoff akan menggunakan format best of 5 manakala di peringkat grand final beraksi dalam best of 7. 

Pasukan RRQ Hoshi mempunyai peluang untuk menjadi juara kali keempat kali ini berdasarkan corak permainan mereka yang konsisten di peringkat liga. 

Namun begitu, pasukan ONIC Esports juga mula bangkit ketika ini dan memberikan saingan sengit kepada semua pasukan.

Foto: MPL Indonesia

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+