Branz masih berbisa, BTR berjaya tumbangkan Rebellion Genflix 2-1

Perlawanan pembukaan MPL Indonesia musim kelapan hari ini menunjukkan pasukan pilihan, Bigetron Alpha berjaya menumbangkan Rebellion Genflix 2-1.

PERLAWANAN KEDUA

Kedua-dua pasukan bermain secara agresif di minit awal permainan, mereka masing-masing trade blow antara satu sama lain. First Blood berjaya didapatkan oleh Renbo dan turtle pertama berjaya didapatkan pasukan BTR. Branz terus mengganas di dalam peta untuk mencari kill, beliau mendahului 1 level berbanding Sugar.

Rebellion menyamakan kedudukan mereka pada minit ke-6 dengan bermain secara defensive dan mencari kesilapan BTR untuk mendapatkan kill. Namun begitu, pasukan BTR masih mengawal peta dan mereka terus mencari farm di mana sahaja mereka berada, Lord juga berjaya diambil pada minit ke-11 oleh pasukan BTR tanpa sebarang gangguan. 

BTR terus memberi asakan kepada Rebellion pada minit ke-15 untuk mendapatkan baki turret di bahagian dalam base. Mereka mengawal jungle untuk menghalang pasukan Rebellion mendapatkan buff. Jurang gold antara kedua pasukan sudah mencecah 10 ribu, momentum ini memberikan mereka kelebihan untuk mendapatkan kemenangan pada minit ke-17.

PERLAWANAN KETIGA

Pertarungan pada awal minit permainan menyaksikan pasukan BTR berjaya mendapatkan turtle yang pertama selepas menumbangkan Huba. Hasil dari buff dari turtle digunakan sebaiknya oleh Branz untuk bermain secara agresif dan meningkatkan kadar farming beliau.

Rebellion Genflix membalas asakan itu dengan mendapatkan turtle kedua dan menumbangkan Branz dan Renbo yang tersalah posisi di bahagian tengah ketika cuba untuk pushing turret di bahagian tengah.

Momentum yang ditonjolkan oleh BTR sangat konsisten, mereka mengawal peta dan jungle untuk memaksimumkan farming mereka. Lord pertama berjaya diambil BTR dan berjaya menghancurkan 3 turret di bahagian dalam base Rebellion Genflix. BTR kemudiannya berjaya menamatkan permainan pada minit ke-16 selepas Lord kedua berjaya diambil.

RELATED NEWS

+