Bravely Default II adalah permainan RPG Square Enix yang dahulu hanya berada di pelantar mudah alih Nintendo Switch, kini sudah dilancarkan di Steam. "> Bravely Default II adalah permainan RPG Square Enix yang dahulu hanya berada di pelantar mudah alih Nintendo Switch, kini sudah dilancarkan di Steam. " /> Bravely Default II adalah permainan RPG Square Enix yang dahulu hanya berada di pelantar mudah alih Nintendo Switch, kini sudah dilancarkan di Steam. " />

Bravely Default II dilancarkan di Steam, diskaun 10% sehingga 14 September

Bravely Default II adalah permainan RPG Square Enix yang dahulu hanya berada di pelantar mudah alih Nintendo Switch, kini sudah dilancarkan di Steam. 

Permainan RPG versi Steam menyokong penggunaan alat kontroller serta sokongan untuk pelbagai resolusi skrin. Versi Steam ini juga menyokong kadar bingkai yang tidak terhad agar anda dapat menikmati animasi yang lancar di paparan skrin anda.

Pendek kata, Bravely Default II versi Steam mendapat pelbagai penambahbaikkan berbanding di pelantar mudah alih Nintendo.

Steam juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi peminat permainan RPG ini sehingga September 14. 

Bravely Default II asalnya dilancarkan pada pelantar Nintendo Switch pada Februari 26 tahun ini dan diterima baik oleh peminat RPG di seluruh dunia. 

Dapatkan Bravely Default II di Steam (https://store.steampowered.com/app/1446650/BRAVELY_DEFAULT_II/) dengan harga RM215.10 sekarang.

RELATED NEWS

+