Brawl Stars buang Loot Box, tapi dimarahi pemain pula

Siapa sangka reaksi yang berbeza diterima Supercell apabila mereka mahu membuang kotak tikam (loot box) dari permainan video mereka.

Kotak tikam yang menjadi duri dalam daging dalam industri permainan video masih menjadi salah satu mekanik paling terkenal dalam permainan video.

Brawl Stars adalah permainan MOBA-lite kartun yang dibangunkan oleh Supercell, pembangun Clash of Clans dan Clash Royale.

Dalam video Brawl Talk terbaru yang disiarkan minggu lepas, Supercell mahu membuang semua ganjaran rawak terutamanya kotak tikam.

“Tiada lagi kebarangkalian, tiada lagi ganjaran rawak dan tiada lagi tekaan bila anda akan mendapat Brawlers,” ujar Frank Keienburg, Ketua Pereka Permainan Video Supercell.

Kemaskini terbaru ini akan membuka semua kotak yang tidak diambil dan semua ganjaran akan diberi mengikut jumlah kotak yang masih belum dibuka.

Battle Pass pula akan diubah dengan ganjaran yang akan diketahui oleh semua orang.

Penuh komen-komen peminat Brawl Stars mengatakan mereka tidak mahu kemaskini ini.

“Kotak tikam adalah sebab utama saya suka permainan ini dan saya rasa permainan ini tidak akan lebih baik tanpa kotak tikam pun.

“Kehilangan kotak tikam sangat menyedihkan saya, loot box adalah satu bahagian ikonik untuk sejarah permainan ini.”

Bagi sesetengah pemain, hal ini menambah kepada masalah baharu untuk permainan video.

RELATED NEWS

+