Brendan ‘PlayerUnknown’ Greene tinggalkan PUBG Corp, bangunkan studio baru

Brendan Greene atau dikenali sebagai PlayerUnknown dan pencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds mengumumkan pembangunan sebuah studio permainan bebas baru di Amsterdam, Belanda. 

Greene pada asalnya adalah seorang modder yang berpengalaman dengan genre battle royale yang membawa kepada pembangunan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Beliau kemudian diupah oleh Bluehole untuk menyambung pembangunan permainan itu dibawah studio baru yang dibentuk, PUBG Studios.

Selepas kejayaan PUBG, Bluehole kemudiannya melakukan penjenamaan semula sebagai Krafton dan pada 2019, Greene kemudian mengumumkan akan berundur daripada PUBG untuk sebuah projek eksperimentasi bersama sebuah pasukan kecil di Amsterdam. 

Bagaimanapun, Greene kini tinggalkan syarikat itu untuk membangunkan studio bebas tersendiri walaupun Krafton akan memiliki peratusan kecil saham di dalam syarikat baru Greene.

Nama studio baru Greene dan projek yang dibangunkan masih belum didedahkan, tetapi pada 2019, Greene ada menyatakan bahawa dia sudah ‘selesai’ dengan genre battle royale. 

Sementara itu, Krafton masih menyambung pembangunan PUBG dan sekuel, PUBG: New State, yang akan dilancarkan nanti. Studio lain milik Krafton, Striking Distance Studios, kini sedang membangunkan sebuah permainan seram, The Callisto Protocol daripada pembangun Dead Space, Glen Schofield, serta siri animasi PUBG oleh penerbit Adi Shankar.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+