Pencipta One Punch Man, ONE mengeluarkan satu siri manga baru iaitu Bug Ego.
Ia adalah manga komedi supernatural yang menceritakan dua orang budak sekolah menengah yang menggunakan glitches rahsia di dunia nyata untuk mengubah dunia sekeliling mereka.
Tetapi kesilapan kecil boleh membawa malapetaka besar dalam kehidupan seharian mereka.
Antara perkara yang mereka lakukan adalah menjumpai glitch apabila anda membuang payung yang berada di sudut stesyen keretapi di dalam satu belukar tertentu, payung yang diambil di stesyen akan diganti dengan payung baharu dan payung yang dibuang semalam akan hilang.
Terdapat juga glitch yang boleh digunakan untuk anda terus membuatkan kucing jalanan rapat dengan anda.
Pelbagai lagi glitch yang mereka jumpa dapat mengubah kehidupan seharian mereka.
Boleh dikatakan manga ini ada sedikit persamaan dengan glitch dunia Matrix di mana individu itu sedar mereka berada dalam dunia Matrix bukan dunia sebenar.
Walaupun banyak manga dan anime yang menunjukkan bugs atau glitches tetapi selalunya perkara ini adalah dalam konteks isekai atau permainan video bukan dunia nyata.
Sekali lagi ONE menunjukkan dia mampu menjadi antara penulis manga yang sangat serba boleh.
Manga ini akan berpindah ke Weekly Shonen Jump dari Ultra Jump.