Bukan harapkan Xinn dan Lemon, Acil percaya kemampuan pemain baru

“Saya yang buat keputusan tapi ada yang saya tak boleh jelaskan,” kata jurulatih RRQ Hoshi, Ashi dalam satu temubual bersama ONE Esports.

Acil berkata Lemon sedang rehat dan hanya di belakang tabir manakala comeback untuk Xinn bagi MPL kali ini adalah rendah.

“Saya percaya dengan pemain yang ada walaupun keadaan sama macam musim keempat. Sekarang lebih berpengalaman kerana ada bantuan dari pemain musim keempat,” katanya.

Malah, katanya, pemain-pemain dari RRQ Hoshi ada dari pasukan lain jadi mereka mengambil masa untuk mengadaptasi dengan persekitaran baru. Tapi katanya, RRQ Hoshi sudah mempunyai asas gameplay yang diperlukan.

Acil turut menyifatkan pemain sejak musim keempat seperti Vynnn, R7 dan Lemon mempunyai gameplay berlainan dengan pemain baru jadi mereka perlu menyesuaikan diri dan mencapai kata putus.

Setakat minggu ketiga musim liga MPL Indonesia musim ketujuh, RRQ Hoshi berada di kedudukan kedua tercorot dan ia membimbangkan.

Ketiadaan Xinn sebagai jungler utama mereka seperti melemahkan strategi RRQ. Lemon juga umum ingin berehat sebentar dan beritanya kembali juga masih belum jelas.

Nampaknya, Acil perlu berusaha lebih bagi memastikan minggu ini ada perubahan dan kemenangan.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+