Bully 2 antara permainan yang dibatalkan oleh Rockstar

Take-Two Interactive, syarikat induk buat Rockstar Games, dikatakan membatalkan pembikinan dan pelancaran beberapa permainan yang belum pernah diumumkan. Akibat pembatalan ini, mereka dikatakan rugi sebanyak AS$53 juta (RM220 juta).

Antara permainan yang dikatakan dibatalkan ialah Bully 2, Agent yang pernah diumumkan pada 2009 dan sebuah permainan dengan kod nama Volt yang dibangunkan oleh pembangun Mafia 3 iaitu Hangar 13.

Pembatalan terhadap projek ini dikatakan sebagai ‘caj terjejas’ di mana projek-projek ini jika dilancarkan ianya tidak akan memberi nilai seperti awal pembikinannya. 

Seperti permainan Volt pula, mengikut laporan Bloomberg, permainan yang dibangunkan sejak 2017 itu kerap berlaku masalah teknologi, masalah reboot dan kesan dari pandemik COVID-19.

Meskipun terdapat permainan yang dibatalkan, Take-Two masih ada permainan yang akan dilancarkan pada masa akan datang. 

Sumber: ComicBook, IGN SEA

RELATED NEWS

+