Bully Remake dengan Unreal Engine 5 – pandang pertama

Jika memikirkan Rockstar Games, permainan yang terlintas di fikiran adalah francais Grand Theft Auto (GTA) dan Red Dead.

Tetapi ramai terlupa Bully juga dibangunkan oleh Rockstar Games dan suatu masa dulu menjadi salah satu permainan video PlayStation 2 yang disukai ramai.

Tetapi Bully 2 masih belum ada.

Permainan ini menceritakan Jimmy yang berada di pekan Bullworth unntuk menghabiskan misi menjadi popular tetapi berubah menjadi seorang pembuli ketika itu.

Kini Bully sudah dinaik taraf ddengan Unreal Engine 5 dan sudah pasti ramai tertunggu.

Namun ini hanyalah konsep untuk mempromosikan Unreal Engine 5 yang dijadikan konsep untuk Bully Remake.

Unreal Engine 5 bakal menjadi satu enjin yang sangat berkuasa untuk kebanyakan pembangun permainan video bagi proses pembangunan permainan yang baru.

RELATED NEWS

+