Bungie Berpisah Dengan Activision, Destiny Milik Bungie Sepenuhnya

Bungie mengumumkan studio ini menamatkan kontrak 10 tahun bersama Activision. Ini bermakna Bungie kini mempunyai kawalan kreatif penuh kepada game berbentuk shared open-world ini.

Berita tergempar ini disampaikan melalui satu pos di laman blog Bungie, “Sepanjang tempoh 8 tahun ini, kami dapat meraikan kejayaan cemerlang ini bersama-sama dan kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Activision atas kerjasama untuk Destiny.”

“Melihat kepada masa depan, kami teruja untuk umum rancangan pindah milik hak terbitan dari Activision ke Bungie. Dengan komuniti Destiny yang luar biasa, kami bersedia untuk terbit secara sendiri sementara Activision akan terus fokus kepada projek IP mereka,” sambungan pos Bungie.

Destiny adalah sebuah game online multiplayer dalam perspektif first-person shooter yang dikeluarkan pada 2014. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai Guardian dan ditugaskan untuk menjaga bumi daripada dihancurkan oleh alien dari planet lain dalam mod PvE atau PvP secara berseorangan tetapi lagi seronok bersama rakan-rakan.

Ini adalah merupakan IP asal baru Bungie selepas membangunkan siri popular Halo bersama Microsoft dan berkerjasama dengan Activision pada 2010 selepas melihat rekod syarikat ini yang pernah menerbitkan game terkenal seperti siri Call of Duty dan Guitar Hero.

Walaupun reaksi pemain dan pengkritik agak bercampur baur dengan positif dan negatif kepada Destiny 1, Bungie mengeluarkan sekuel bertajuk Destiny 2: Forsaken pada 2017 dan pernah diberikan secara percuma di Battle.net dan PlayStation Plus meskipun game ini baru berusia setahun.

Perpisahan ini mungkin memberi impak besar terhadap pelan rancangan kandungan tambahan seperti pek expansion dan DLC yang telah dijadulkan sepanjang kontrak bersama Activision. Namun, Bungie telah memberi kenyataan untuk terus memberi pengumuman yang akan ‘merancakkan’ Destiny selepas ini.

Activision juga umum mereka lakukan segala transisi dengan lancar seperti tertera di twit bawah dan Destiny 2 tetap berada dalam platform Battle.net bagi pengguna PC menurut kenyataan rasmi oleh BlizzardCS. Namun, kita masih lagi tidak tahu apa akan terjadi kepada kandungan eksklusif di konsol PS4 dan Xbox One.

Menurut laporan The Verge, Bungie mengumumkan kerjasama antara syarikat gergasi gaming dan teknologi dari China, NetEase iaitu syarikat yang sama bekerjasama dengan Blizzard untuk Diablo Immortal. Urus janji membabitkan USD$100 juta (RM406 juta) akan membantu Bungie untuk lakukan penerbitan IP sendiri dan memberi laluan saham baru untuk NetEase.

Bungie menjelaskan kerjasama ini tidak mengganggu kontrak mereka bersama Activision tetapi buat masa sekarang, kita masih lagi tidak tahu punca sebenar perpisahan ini. 

Sumber: Bungie

RELATED NEWS

+