Burmese Ghouls dibubarkan

Juara bertahan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Myanmar, Burmese Ghouls kini membubarkan pasukan mereka yang terdiri daripada ACE, KID, RubyDD, Maybe dan Dee serta jurulatih, PVNDV. Hanya kapten saja masih bersama organisasi iaitu IceIce.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Burmese Ghouls yang menyatakan kemelut yang dihadapi di Myanmar banyak memberi kesan kepada organisasi mereka.

Burmese Ghouls kemudian menyambung, mengatakan kesemua pemain berpisah dengan cara baik dan mendoakan kejayaan mereka seterusnya.

Berita ini pastinya memberi kesan kepada peminat Myanmar kerana pasukan ini dikatakan pilihan di kejohanan dunia M2.

Mereka memberikan saingan sengit kepada semua pasukan dan berjaya mendapat tempat kedua, ditewaskan wakil Filipina, Bren Esports dengan skor 4-3.

RELATED NEWS

+