Butiran lengkap MPL Brazil diumumkan

Seperti yang kami laporkan semalam, Mobile Legends: Bang Bang Professional League kini tiba di Brazil.

MPL kali ini merupakan MPL pertama yang diadakan di luar Asia Tenggara dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak AS$30,000 (RM124,000) dengan musim liga yang akan bermula pada 14 Ogos hingga 19 September ini.

Playoffs pula pada bulan Oktober.

Musim pertama ini akan memberi peluang baru untuk pemain MLBB menjadi pemain e-sukan profesional di Brazil dengan pelan jangka masa yang lama bagi meraikan komuniti e-sukan di negara itu.

Sebanyak enam pasukan akan dijemput untuk berlawan di dalam pertandingan itu dan diikuti oleh dua pasukan yang akan menyertai pusingan kelayakan bermula 16 Julai sehingga 18 Julai.

“Kami berasa bangga dengan pengumuman ini untuk e-sukan MLBB di Brazil. Komuniti MLBB di sini telah lama menunggu untuk liga e-sukan dan kami ingin menunaikan permintaan itu dengan pelancaran MPL Brazil untuk pasukan e-sukan generasi baru,” kata Ajay Jilka, Pengarah Regional Esports Partnerships di Moonton.

Moonton Games juga akan menyambut e-sukan di Brazil dengan pelan jangka panjang selepas melihat sambutan yang hangat dari komuniti e-sukan di negara ini.

MPL Brazil juga akan ditayangkan secara langsung melalui TikTok, Facebook, Nimo TV, Twitch dan Youtube bermula 14 Ogos ini.

RELATED NEWS

+