Cabar Diri Dalam Permainan AR Mamee Monster Bizkidz AR Ejen Ali Sekarang

Teringin nak main sebagai karakter pada zaman kanak-kanak yang korang tak boleh lupa? Download lah Mamee Monster Biskidz AR Ejen Ali di PlayStore sekarang.

Sama seperti permainan mudah alih lain, game yang developed oleh Media Prima Digital ini menggunakan karakter yang terkenal dengan snek harian iaitu Mamee Monster. Tapi lebih menarik, karakter ini akan muncul sebagai playable character dalam Ejen Ali.

Dunia Imameeginasi berada dalam bahaya dan ia bergantung kepada korang untuk selamatkannya. Kedengaran straightforward? Ya, itulah konsep permainan ini yang sesuai dengan semua peringkat usia.

Tugas korang ialah mengharungi 10 peringkat yang menampilkan musuh lebih kuat dari sebelumnya. Semestinya apa yang membuatkan game ini lain dari yang lain ialah teknologi AR yang digunakan untuk koleksi kad. Kumpulkan 20 kad AR Mamee Monster Bizkids ini dengan membeli pek promo sederhana 8X21g dan pek promo besar 8X42g untuk mendapat kuasa istimewa dan skill points bagi menaik taraf kuasa karakter korang.

Antaramuka yang mesra pengguna

Kad AR ini juga mengandungi karakter-karakter lain dari animasi Ejen Ali seperti Ejen Alicia, Comot dan Ejen Bakar. Sistem perlawanannya juga mudah difahami, korang berlawan dengan Kecerdasan Artifisial (AI) dalam setup seakan fighting games. Terdapat 4 butang kawalan yang boleh ditekan iaitu Charge, Guard, Attack dan Skill. Bar kuning di skrin menunjukkan jumlah tenaga dikumpul untuk membuat skill dan bar nyawa juga boleh dilihat di sebelah atas skrin (tepi potret karakter).

Sesi permainan tanpa mod AR

Tambahkan stats Health (untuk penambahan nyawa), Strength (kekuatan serangan), Defense (kekuatan pertahanan) dan Luck. Tak perlu risau jika peranti korang tak sokong fungsi AR, ia juga boleh dimainkan dalam mod bukan AR (biasa). 

PERINGATAN: Jika korang dah download, belum ada karakter yang boleh digunakan dan korang perlu membeli Pek Sederhana Mamee Monster Biskidz Mid ‘8x21g’ atau Pek Besar ‘8X42g’ untuk unlock lebih banyak karakter dan special power!

Download untuk Android di SINI.

RELATED NEWS

+