Caitlyn kini menerima kemaskini visual selepas 10 tahun dilancarkan

Nampaknya champion kesayangan ramai pemain dalam League of Legends, Caitlyn bakal menerima perubahan yang dinanti-nantikan selama ini.

Dalam laporan Dot Esports mengatakan Sheriff Piltover ini bakal hadir dengan penampilan yang baharu untuk skin yang dimilikinya. Ini termasuklah skin baharu bertemakan rancangan Netflix, Arcane (yang akan ditayangkan 8 November ini).

Selain itu, beliau mempunyai kolar baju yang baru dan beberapa perubahan kecil pada pakaian.

Sebagai champion yang dilancarkan 10 tahun lalu, Caitlyn memerlukan kemaskini visual yang mendesak terutamanya barisan skin miliknya yang banyak. Kebanyakannya kini diubah menjadi lebih moden dan sesuai dengan standard terkini.

Sumber rujukan: Dot Esports

RELATED NEWS

+