Call Of Duty: Black Ops 4 Memperkenalkan Mod Battle Royale – Blackout

Mod Battle Royale dah lama menjadi fenomena sejak kebelakangan ini dan nampaknya ia takkan hilang dalam masa terdekat. Terbaru, kita dengar berita yang Call of Duty: Black Ops 4 akan memperkenalkan mod Battle Royale dipanggil Blackout dan semestinya ia lain daripada yang lain.

Seperti judul Battle Royale lain, pemain akan melihat diri mereka bertanding bersama 99 lagi pemain lain. Bunuh dan selamatkan diri sehingga seorang saja yang terselamat. Tapi untuk Call of Duty, masih belum pasti.

Dalam temu bual terbaru bersama Gamespot, Pengarah Reka Studio Treyarch, David Vonderhaar mengatakan mereka belum membuat keputusan lagi.

“Kami belum buat keputusan. Untuk mendapatkan pengalaman paling menarik dalam dunia Call of Duty, kita perlu cuba macam-macam eksperimen sampai dapat yang betul-betul memuaskan,”

Sebagai rujukan, peta Blackout adalah 1,500 kali lebih besar dari Nuketown. Seperti game Battle Royale lain, pemain perlu mencari best loot dan mencari kubu pertahanan dari dijejak pemain lain. 

Seperti yang dilihat dalam gameplay di bawah, ia nampak macam baru dan menarik. Mungkin 50 V 50 lebih sesuai memandangkan Treyarch ingin lari dari fenomena PUBG yang dah pun menggunakan format 100 V 100.

Sumber: Comicbook

TAGS

RELATED NEWS

+