Call of Duty Black Ops: Cold War akan dipertunjukkan pada 26 Ogos

Activision telah mengumumkan permainan Call of Duty yang seterusnya iaitu Call of Duty Black Ops: Cold War. Pada waktu ini, hanya sebuah trailer acah dikeluarkan dan ia tidak mengandungi rakaman permainan.

Mungkin kita akan dapat lihat permainan pada 26 Ogos ini kerana Activision merancang untuk mengadakan sebuah pameran permainan tersebut pada tarikh itu.

Nampaknya permainan Call of Duty ini akan berlangsung pada zaman Perang Dingin. Ini bukan kali pertama siri Call of Duty: Black Ops diadakan pada zaman tersebut, malah ia telahpun dipertunjukkan dalam tiga judul siri tersebut termasuk Call of Duty: Black Ops II.

Tidak seperti Call of Duty: Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun lepas, Call of Duty Black Ops: Cold War sedang dibangunkan oleh Treyarch dan Raven Software. Ini merupakan putaran studio yang biasa dilakukan oleh Activision dalam siri Call of Duty.

Permainan Call of Duty: Black Ops yang terbaru sebelum ini ialah Call of Duty: Black Ops 4 dan ia dilancarkan pada tahun 2018 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Penulis yakin Call of Duty Black Ops: Cold War juga akan dilancarkan di konsol generasi baharu seperti PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+