Call of Duty: Black Ops Cold War dan Warzone Season Four Reloaded dilancarkan 15 Julai

Call of Duty: Black Ops Cold War dan Warzone Season Four Reload kini tiba untuk pemain dan peminat bermula melalui kemaskini terbaru.

Pemain akan disajikan dengan kemaskini terbaru di Black Ops Cold War dengan pengalaman zombi dan pengenalan peta klasik berbilang pemain terbaru, manakala di Warzone pula disertakan mod objektif terbaru, Payload dan kemaskini meta terbaru.

Kedua kandungan ini akan tiba buat pemain pada 15 Julai, dengan kemaskini Black Ops Cold War dilancarkan pada 13 Julai pada 9 malam PT (14 Julai, 12 tengahari waktu Malaysia) dan Warzone pada 14 Julai pada 9 malam PT (15 Julai, 12 tengahari waktu Malaysia). 

Kandungan Zombi: Peta Mauer Der Toten

Pada kemaskini musim terbaru ini, pemain Black Ops Cold War akan disajikan dengan peta terbaru, “Mauer Der Toten”, pengalaman zombi di kisah Dark Aether terbaru. 

Berlatarkan selepas “Operation Excision” di Outbreak, Mauer Der Toten adalah pusingan klasik pengalaman zombi Treyarch, di mana agen Raquiem yang bekerja untuk Kolonel Kravchenko di Omega Group, berjuang demi kebebasan mereka, selepas serangan zombi di kota Berlin.

Ciri-ciri terbaru dalam kemaskini ialah, The Return of Mule Kick, pembuatan barangan dan Wonder Weapon terbaru, cabaran zombi dan Intel dan kandungan Onslaught terbaru (platform PlayStation).

Kandungan Warzone dan Black Ops Cold War

Sama ada membunuh zombi di Mauer Der Toten, mengembara peta berbilang pemain atau ke Warzone untuk mengawal atau menewaskan Payload, pemain akan memerlukan sedikit kekuatan tambahan.

Antaranya senjata terbaru secara percuma, iaitu OTs 9 – SMG auto penuh dengan kekuatan tembakan yang luar biasa pada jarak dekat dengan penglihatan yang baik, selain kawalan recoil yang stabil dan jumlah peluru yang kecil dan Mac,e senjata melee terbaru dalam koleksi Warzone dan Black Ops Cold War.

OTs 9 boleh didapati pada hari pelancaran manakala Mace akan didapati ketika musim baru berlangsung.

Pemain juga akan mendapat Operator terbaru, Grigori Weaver dari Raquiem yang bekerja untuk NATO. Weaver adalah agen di HQ Raquiem yang menjadi operator NATO yang boleh dimainkan di Black Ops Cold War dan Warzone, dan juga sebahagian daripada Tracer Pack: Weaver Operator Bundle yang tersedia di Store bermula awal musim Season Four Reloaded.

Payload, mod terbaru berasakan objektif pertama di Warzone juga diperkenalkan. Payload ini diinspirasikan daripada permainan Cold of Duty, iaitu COD WWII’s War Mode, menjadikan 20 pasukan bersaing antara satu sama lain.

Kandungan percuma Black Ops Cold War Multiplayer

Para veteran dan pemain akan rasakan bagai di rumah dengan kembalinya peta-peta klasik dan mod terbaru. 

Antaranya kembalinya peta Rush Return daripada Black Ops II, mod baru Capture the Flag dan Paintball Moshpit, dan senarai main baru iaitu Rush 24/7 dan Cranked Moshpit.

Percubaan percuma Black Ops Cold War pada minggu hadapan

Bermula 22 Julai hingga 29 Julai, Call of Duty: Black Ops Cold War akan memberikan akses percuma menampilkan pelbagai pengalaman berbilang pemain dan zombi termasuk senarai main di Rush dan “Mauer Der Toten”! Mereka yang bermain Warzone akan mendapati senjata dan kemajuan level global mereka tidak diganggu sepanjang tempoh percubaan dan setiap kemajuan yang dicapai semasa percubaan akan dibawa kembali ke Warzone. 

RELATED NEWS

+