Call Of Duty Mobile Akan Dilancarkan Pada 1 Oktober

Permainan mudah alih, Call of Duty Mobile yang sohor kini di serata Internet kini mempunyai tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 1 Oktober depan.

COD Mobile dibangunkan oleh Activision dan diterbitkan oleh Garena. Permainan ini menampilkan mod seperti Search & Destroy, Battle Royale, Frontline, Team Deathmatch dan Rank serta banyak lagi! Buat masa sekarang, gamers sedang menguji permainan ini dalam sesi beta tertutup yang hanya diberikan kepada mereka yang membuat pra-pendaftaran tak lama dulu.

Setiap pemain dibekalkan beberapa slot di loadout yang mana anda boleh customize senjata dan kelengkapan mengikut citarasa sendiri. Yang menariknya, dalam sesi beta ini juga menyertakan Scorestreaks, satu ciri membolehkan pemain menggunakan serangan istimewa seperti airdrop, Hunter Killer Drone dan banyak lagi.

Ia boleh dimuat turun di iOS dan Android pada 1 Oktober ini.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+