Call Of Duty: Mobile Kini Catatkan 100 Juta Downloads Dalam Masa Seminggu, Kalahkan PUBG, Fortnite Dan Apex Legends

Permainan mudah alih Call of Duty: Mobile kini mencatatkan 100 juta muat turun dalam masa seminggu dilancarkan!

Laporan dari Sensor Tower  mengatakan rekod itu melepasi pencapaian yang diperoleh Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

“Ini adalah pelancaran permainan mudah alih terbesar dari aspek jumlah pemain yang dikumpulkan dalam masa seminggu,” kata Randy Nelson, Head of Mobile Insights di Sensor Tower.

Permainan tembak menembak lain seperti PUBG, Fortnite, dan Apex Legends masing-masing mencatatkan 26.3 juta, 22.5 juta dan 25 juta pada minggu pertama dilancarkan.

COD Mobile memaparkan beberapa mod selain turut memfokuskan pada Battle Royale. Ia juga mempunyai kawalan yang lebih fleksibel, boleh sasar tanpa perlu menekan butang khas sebaliknya boleh terus sasar + menembak pada musuh. 

Selain itu, ia mempunyai scorestreaks, satu ciri khas pada Call of Duty yang membolehkan pemain menggunakan senjata istimewa atau dapatkan bantuan ketenteraan seperti Airdrop dan helikopter yang boleh menembak dari udara.

Permainan ini juga membolehkan pemain menukar peranan dengan memilih loadout sebelum perlawanan bermula, sama ada mereka ingin menjadi penembak jarak jauh ataupun boleh bar-bar dengan musuh.

Sumber: Reuters

RELATED NEWS

+