Call Of Duty: Mobile Menerima Lebih 35 Juta Downloads Dalam Masa Hanya Empat Hari

Permainan mudah alih Call of Duty iaitu COD Mobile sudah pun dilancarkan di Android dan iOS pada 1 Oktober lalu, mencipta fenomena tersendiri menerusi mekanisme dan ciri-ciri permainan yang fast-paced dan mempunyai beberapa konsep dari permainan asal.

Disebabkan populariti permainan ini terutamanya di rantau Asia dan Asia Tenggara, ia sudah pun dimuat turun sebanyak 35 juta kali dalam masa hanya empat hari, lapor Activision.

Syarikat itu melaporkan pencapaian ini “adalah lebih laju berbanding mana-mana permainan berkonsepkan aksi First Person atau Third Person di App Store dan Google Play”. Sudah tentunya mereka membandingkan dengan permainan popular lain seperti Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

COD Mobile memaparkan beberapa mod selain turut memfokuskan pada Battle Royale. Ia juga mempunyai kawalan yang lebih fleksibel, boleh sasar tanpa perlu menekan butang khas sebaliknya boleh terus sasar + menembak pada musuh. 

Selain itu, ia mempunyai scorestreaks, satu ciri khas pada Call of Duty yang membolehkan pemain menggunakan senjata istimewa atau dapatkan bantuan ketenteraan seperti Airdrop dan helikopter yang boleh menembak dari udara.

Permainan ini juga membolehkan pemain menukar peranan dengan memilih loadout sebelum perlawanan bermula, sama ada mereka ingin menjadi penembak jarak jauh ataupun boleh bar-bar dengan musuh.

RELATED NEWS

+