Call of Duty Mobile musim 8 membawa peta baru dan lain lagi

Call of Duty Mobile akan meraikan ulang tahun ke-2 dengan musim baru dan penambahan peta yang sangat penting. Bagi pemain yang sudah memainkan Call of Duty Vanguard beta, mereka akan menerima watak Arthur Kingsley sebagai operator di Call of Duty Mobile.

Activision juga mengumumkan bahawa peta Blackout akan dilancarkan bersama musim kelapan Call of Duty Mobile.

Blackout adalah peta battle royale pertama untuk siri Call of Duty yang dilancarkan dalam Call of Duty: Black Ops 4.

Peta penuh dihasilkan dan diadaptasi untuk pelantar mudah alih termasuk penambahan peta Hijacked dan Ghost Town. Selain dua peta ini, peta klasik lain juga akan ditambah seperti Raid, Array, Firing Range, Nuketown Island, dan Cargo Docks.

Pelancaran musim ke-8 Call of Duty Mobile berserta perayaan ulang tahun ke-2 akan dilancarkan pada 8AM, 23 September (GMT+8).

RELATED NEWS

+