Call of Duty bakal tiba di mobile."> Call of Duty bakal tiba di mobile." /> Call of Duty bakal tiba di mobile." />

Call of Duty: Mobile – Pra-Pendaftaran Dibuka Di Android & iOS

Korang sudah tentu sedia maklum francais shooter terkenal, Call of Duty bakal tiba di mobile

Activision, pembangun asal Call of Duty membawakan pengalaman first-person shooter (FPS) dengan kerjasama studio TiMi dari Tencent dalam versi game mobile percuma dengan tarikan mod battle royale, zombie dan juga multiplayer.

Call of Duty: Mobile diterbitkan oleh Garena mengumumkan pra-pendafataran telah dibuka untuk negara Malaysia, Taiwan, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina bermula pada hari ini. 

Untuk versi mobile, pelbagai mod game yang pernah muncul dalam Call of Duty asal bakal tiba seperti Team Deathmatch dan Search & Destroy. Sistem scorestreak yang diperkenalkan semasa Call of Duty: Modern Warfare 3 turut hadir dalam game ini iaitu memberi peluang kepada pemain mendapat mata killstreak tinggi untuk memanggil bantuan dron atau lancarkan misil berpandu. 

Selain itu, karakter ikonik daripada Call of Duty seperti Ghost, Soap, Captain Price dan Alex Mason akan berperang di sisi korang. Peta kegemaran ramai daripada Call of Duty: Black Ops, Nuketown dan Hijacked daripada Call of Duty: Modern Warfare boleh dimainkan dalam game mobile.

Pra-daftar menggunakan akaun Garena di laman rasmi Call of Duty: Mobile – Garena sekarang. Sebaik sahaja mendaftar, korang boleh salin pautan eksklusif dan kongsi bersama rakan-rakan untuk dapatkan barangan in-game eksklusif seperti aksesori senapang, senjata, emote dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Call of Duty: Mobile, korang boleh ikuti sertai group Facebook rasmiInstagram dan YouTube.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+