Call of Duty: Modern Warfare Ada Tarikh Rasmi, Fungsi Cross-Play & Dilancarkan Tanpa Season Pass

Siri Call of Duty sentiasa aktif dengan pelancaran game sejak muncul pada dua dekad lalu. Setelah banyak info bocor dan khabar angin, game baru Call of Duty dikenali sebagai Call of Duty: Modern Warfare semasa persidangan khas Call of Duty oleh Activision baru-baru ini.

Ya, itulah nama sebenar game baru. Jangan keliru Call of Duty 4: Modern Warfare atau Call of Duty: Modern Warfare Remastered dan sewaktu dengannya tapi game terbaru ini ada kaitan rapat dengan siri Modern Warfare.

Remake atau reboot?

Call of Duty: Modern Warfare adalah sebuah reboot iaitu bermakna ‘dihidupkan semula’ dengan penceritaan baru seperti God of War baru menurut pembangun asal era Modern Warfare, Infinity Ward. Modern Warfare tidak berada dalam tempoh masa yang sama dengan Modern Warfare (2007) sebelum ini.

Sebaliknya, Modern Warfare baru ini jadi lebih mencabar dan juga menampilkan muka-muka yang korang pernah lihat dalam game sebelum ini seperti Captain John Price. 

Berbanding game Call of Duty sebelum ini, kempen single-player kembali untuk Modern Warfare. Kempen Call of Duty baru terbahagi kepada dua bahagian yang mana korang akan bermain sebagai askar khas (Tier 1 operator) di bandar-bandar Eropah pada bahagian pertama manakala korang bermain sebagai pejuang pemberontak di Timur Tengah.

Melihat kepada trailer di atas, Call of Duty tahun ini tertumpu kepada situasi perang di’ zaman moden’ iaitu interaksi pihak Rusia dengan Timur Tengah dan musuh seperti kumpulan ultranationalis yang melancarkan siri serangan pengganas di bandar-bandar besar seperti di London.

Season Pass tiada lagi

Modern Warfare semestinya bakal ada multiplayer tetapi Infinity Ward masih lagi tidak berkongsi lanjut tentang ciri ini. Lebih gempak lagi, Activision tidak akan menjual Season Pass untuk peta-peta multiplayer baru bermakna semua peta adalah percuma!

Call of Duty baru ini turut menyokong cross-play bermakna korang mempunyai perjalanan (progression) permainan sama untuk semua platform.

Call of Duty: Modern Warfare bakal dilancarkan pada 25 Oktober 2019 di PC, PS4, Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+