Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan pada 5 November, kandungan baru Warzone tidak lama lagi

Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November dan Warzone menerima kandungan baru yang akan memberikan pengalaman yang lancar dan penawaran yang tiada bandingan.

Vanguard akan memberikan pakej yang cukup untuk peminat Call of Duty dengan mod berbilang pemain dan mod kerjasama Zombie. Untuk mod berbilang pemain, terdapat 20 peta baru tersedia. Manakala Zombie akan memberi pengalaman melawan zombie, dan menjadikan ini adalah penambahan zombie pertama di dalam francais Call of Duty.

Kemudian, pada tahun ini juga, pemain Vanguard akan mendapat merasai pengalaman baru bersama Call of Duty Warzone. Kandungan baru ini akan memberikan peta baru, corak permainan baru dan pengalaman baru. 

Call of Duty Vanguard kini boleh dipra-tempah dan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Battle.net bermula 5 November ini. Manakala, kandungan baru Call of Duty Warzone dilancarkan kemudian pada tahun ini.

RELATED NEWS

+