Call of Duty Vanguard mungkin berdepan masalah hacker

Menurut beberapa pemain, Call of Duty: Vanguard mungkin sudah mengalami masalah penggodam di program beta mereka. 

Beberapa pemain telah kongsikan beberapa bukti penggodam di Twitter, antaranya aimbot, kebal dan banyak lagi. Antaranya, video yang dikongsikan oleh pengguna akaun CDL Intel yang menunjukkan ulangtayang ‘killcam’ seorang penggodam yang menggunakan auto bidik, yang membidik musuh di peta dengan pantas.

Hal yang sama juga ditunjukkan oleh pengguna Dabzsy di Twitter, di mana anda boleh melihat retikel yang melantun di seluruh peta mengunci sasaran yang berbeza.

Wicked Good Gaming pula menunjukkan auto bidik dan outline pemain yang dipamerkan menembusi dinding. 

Sebelum ini, Call of Duty sudah menjejaki penggodam di Call of Duty: Warzone. Sepanjang Ogos, mereka sudah menyekat lebih 10,000 akaun sehari dengan kini sudah lebih setengah juta akaun yang disekat.

Namun, isu ini terus meningkat dengan penipu ini membuat akaun baru dan menipu lagi. Jadi pihak Activision memilih langkah untuk menyekat peranti berbanding akaun.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+