Capcom dituduh mencuri rekaan raksasa dalam Resident Evil Village?

Seorang pengarah filem menuduh Capcom telah mencuri salah satu rekaan raksasa untuk permainan video Resident Evil Village.

AMARAN! SPOILER KECIL DALAM RESIDENT EVIL VILLAGE DI BAWAH

Richard Rapphorst, menjadi pengarah pada tahun 2013 untuk filem found-footage Frankenstein’s Army yang berkongsi rekaan yang sama di LinkedIn beliau. Raksasa dalam Resident Evil Village tersebut mempunyai rekaan yang hampir sama dengan raksasa filem Frankenstein’s Army.

Pengguna Twitter CloneKorp juga mengulang ciap mengenai persamaan rekaan di antara dua raksasa tersebut. “Berita ini lebih buruk dari disangka, pada mulanya saya marah, kemudian bangga tetapi melihat ini saya sedih.” tulis Raaphorst.

Raaphorst mengatakan persamaan seperti ini adalah terlalu pelik untuk menjadi kebetulan semata. Persamaan antara rekaan mereka terlalu sama. Malah jika Capcom memberitahu untuk mengambil rekaan raksasa beliau akan memberi Capcom kerjasama penuh. Raaphorst kini masih menunggu kenyataan dari Capcom. 

Tidak pelik apabila permainan seram mengambil inspirasi daripada sumber seram yang lain. Tetapi rekaan propeller-head terlalu sama. Mungkin ini cuma inspirasi tanpa kredit dan kebetulan yang memang tidak disangka.

RELATED NEWS

+