Capcom Umum Mega Man X DiVE Untuk Android & iOS

Kalau korang rindukan Mega Man X, nostalgia bermain sebagai X kini dihidupkan semula dalam mobile. Saksikan trailer pengumuman di bawah:

Capcom Taiwan mengumumkan MEGAMAN X DiVE (atau ROCKMAN X DiVE – nama untuk Mega Man X di Jepun) iaitu sebuah game mobile percuma yang akan singgah ke Deep Log iaitu tempat penyimpanan data game siri Mega Man X.

Deep Log mengalami kerosakan disebabkan oleh serangan Mavericks (musuh ketat X) dan memusnahkan dunia komputer sehingga melibatkan memori pemain dalam Mega Man X. Oleh itu, korang perlu membaiki data game ini dengan segera.

Sebaik sahaja korang masuk ke Deep Log, korang boleh main pelbagai karakter dari siri Mega Man X daripada Mega Man X Command Mission sehinggalah ke Mega Man X Collection seperti X, Zero, Axl dan ramai lagi!

Capcom dikatakan Mega Man X DiVE beri penghormatan kepada siri Mega Man X kerana game mobile ini mempunyai ciri gameplay sama seperti aksi side-scrolling melompat, memanjat dan menembak Mega Man X.

Mega Man X DiVE adalah game percuma untuk dimainkan dan bakal hadir ke Android dan iOS pada tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+