“Cara dia cakap macam arwah Hahagus, terubat sikit rindu,” – Onthego

Jurulatih pasukan The Academy, Rain atau nama sebenarnya Fikri Aiman Mohd Khidzir, 23, dikenali sebagai salah seorang ‘content creator’ di TikTok.

Rain yang aktif di dalam bidang pengucapan awam sewaktu di sekolah dan Universiti, menyebabkan ramai orang menyukai cara penyampaianya termasuklah Secret Onthego.

Onthego menyifatkan Rain sama seperti arwah Hahagus. Dari segi percakapanya semua hampir sama cuma yang berbeza hanyalah permainan mudah alih yang diceburi.

Setakat ini, Rain sudah menghasilkan empat video tips untuk berdepan hero-hero kuat atau ‘overpowered’ dalam Mobile Legends.

Kepada anda semua yang ingin tips bermain MLBB, bolehlah mengikuti Rain di TikTok.

Rain juga berkata, pemain Mobile Legends yang bagus adalah pemain yang cepat menyesuaikan diri dengan meta.

“Perubahan meta sangat cepat sekarang ini, pemain harus cepat menyesuaikan diri dengan meta agar tidak ketinggalan dengan pemain-pemain yang lain,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Rain juga mengatakan bahawa ciri-ciri utama pemain yang bagus adalah mempunyai mekanik yang tinggi.

“Antara ciri-ciri utama pemain yang bagus adalah mempunyai mekanik yang tinggi, persefahaman antara satu sama lain juga amat penting disebabkan kunci untuk memenangi sesebuah perlawanan bukanlah terletak pada seorang pemain tetapi terletak pada kelima-lima mereka,” katanya.

Foto: Rain

 

RELATED NEWS

+