Castlevania Advance Collection tiba hari ini di Switch, PS, Xbox dan PC

Khabar angin pelancaran Castlevania Advance Collection kini terjawab selepas didedahkan hari ini dan akan membawa empat permainan klasik Castlevania ke Nintendo Switch, PlayStation, Xbox dan PC. 

Koleksi ini membawa Castlevania: Circle of the Moon, Castlevania: Harmony of Dissonance dan Castlevania: Aria of Sorrow yang dilancarkan untuk Game Boy Advance pada masa lalu, dan Castlevania: Vampire’s Kiss yang dilancarkan untuk 1995 SNES.

Pelancaran ini adalah sebagai satu sambutan sempena ulangtahun ke-35 Castlevania, di mana ia dibangunkan Konami bersama M2 (sebuah studio yang melakukan ports bagi Sega 3D Classics di 3DS).

Port ini membolehkan pemain untuk “merakam, ulang main dan mundur” permainan.

Melalui pakej ini, ia memberikan pemain akses kepada 71 runut bunyi daripada keempat-empat permainan, dan membenarkan pemain untuk membuat playlist tersendiri.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan galeri dalam permainan bersama koleksi seni yang tidak pernah diperlihatkan, rekaan pakej, lakaran, lukisan sebalik tabir dan banyak lagi.

Castlevania Advance Collection akan dijual bermula hari ini dengan harga $19.99 (RM83.63) di Nintendo Switch, PlayStation, Xbox dan PC.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+