Ceb buat pembedahan mata, tak main di The International 10

Juara berturut-turut, The International 8 dan 9, OG kini mengumumkan bahawa pemain offlane mereka Ceb tidak dapat menghadirkan diri ke The International 10. Perkara ini disebabkan faktor kesihatan Ceb yang tidak memuaskan.

Beliau harus membuat pembedahan mata kerana doktor peribadinya menasihatkan untuk membuat pembedahan itu dengan kadar yang segara. Jika beliau enggan membuat pembedahan, ia akan mengakibatkan kehilangan atau merosakkan pengelihatan beliau secara kekal.

Ceb terus mengambil langkah untuk membuat pembedahan itu dengan secepat mungkin dan OG membawa masuk Micke dari pasukan Team Liquid sebagai pemain ganti untuk posisi Ceb. Mereka menyediakan langkah awal itu oleh kerana bimbang jika Ceb tidak dapat pulih sepenuhnya dan kembali bermain.

“Tidak kira sedalam mana kita mencintai Dota, kadangkala ada perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Namun begitu, perkara itu berakhir dengan baik dan itu adalah bahagian yang paling penting.

“Berita buruk ini diibaratkan seperti sesuatu yang berat jatuh ke atas saya, walaupun saya berusaha dengan sedaya upaya untuk sembuh dari pembedahan ini. Namun kini saya sedar saya tidak tahu dan yakin bahawa saya akan pulih sepenuhnya untuk bermain di The International 10,” ujar beliau.

Seharapnya Ceb cepat sembuh dan dapat rehat yang cukup.

RELATED NEWS

+