Ceb kini bersara dari arena kompetitif Dota 2

Sebastian Felix “Ceb” Albert Debs adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Dota 2. Beliau membantu pasukan OG menjadi juara back to back pada tahun 2018 dan 2019.

Kemahiran beliau menggunakan hero Axe dipuji oleh ramai peminat di seluruh dunia. Sehinggakan nama beliau yang disebut oleh OD Pixel menjadi chat wheel yang dikeluarkan oleh Valve sendiri.

Selepas bertahun-tahun bermain di arena kompetitif Dota 2. OG kini mengumumkan Ceb akan bersara dari bermain secara kompetitif untuk DPC seterusnya.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah ciapan di akaun Twitter rasmi mereka. Menurut OG sendiri, perjalanan Ceb tidak tamat sama sekali malah ia baru sahaja bermula.

Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ceb oleh kerana kerja keras dan usaha beliau untuk menjadikan OG satu pasukan yang berjaya menggegarkan dunia di dalam permainan video Dota 2 sebelum ini.

RELATED NEWS

+