PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Cecilion Moon menjadi kunci kemenangan Todak kali ini

PERLAWANAN PERTAMA

Kedua-dua pasukan berbalas serangan pada minit awal permainan dan masing-masing tidak berupaya mendapat kelebihan ketika itu, perbezaan gold dan skor lebih kurang sama pada minit kelima. Namun begitu, Todak berjaya mengubah situasi mereka apabila Ciku sudah mendapat Blade of Despair untuk memberikan burst damage yang tinggi.

Lord mudah diambil pada minit ke-10 oleh pasukan Todak selepas berjaya menguasai peta. Team Bosskurr berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan base mereka dan mereka hanya kehilangan 1 inhibitor turret.  Namun begitu, Diversion yang digunakan oleh Moon berjaya menumbangkan Aim pada minit ke-15 dan pasukan Todak terus menamatkan permainan.

PERLAWANAN KEDUA

Todak menunjukkan mereka tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru, kali ini mereka menggunakan Chou sebagai hyper dan Ajiq sebagai secondary damage dealer untuk membantu Ciku. Manakala pasukan Bosskurr menggunakan combo Angela + Roger untuk memberikan Roger lebih sustain di dalam perlawanan.

Damage yang sangat tinggi dikeluarkan oleh Moon menyebabkan pasukan Bosskurr menghadapi kesukaran untuk mempertahankan base mereka. Moon hanya perlu mengenakan bat impact sebanyak 2 kali untuk menumbangkan Aim. Lord diambil mudah pada minit ke-10 dan Todak terus memenangi permainan pada minit ke-11.

 

RELATED NEWS

+