Skuad PUBG Mobile negara, CelcomDigi Alliance (CDAL) bersedia untuk sahut cabaran di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2024.
Selepas berjaya mendominasi rantau Asia Tenggara, CDAL kini berhasrat untuk menunjukkan kebolehan mereka di peringkat global, bersaing dengan 47 pasukan lain untuk merebut gelaran juara.
Eugene Chin, Pengurus Negara Tencent Games (Malaysia), mengucapkan tahniah atas penyertaan CDAL dengan menyatakan, “Kami amat berbangga melihat CelcomDigi Alliance mewakili Malaysia dengan penuh dedikasi. Kami doakan kejayaan mereka dalam meraih gelaran juara,” katanya.
Format PMGC 2024 akan membahagikan 48 pasukan kepada tiga kumpulan pada Peringkat Kumpulan, di mana tiga pasukan teratas setiap kumpulan akan terus mara ke Grand Finals.
Pasukan yang berada di tempat keempat hingga ke-11 akan memasuki “Survival Stage” untuk merebut tempat dalam “Last Chance” sebelum enam pasukan terbaik mara ke Final.
CDAL yang sudah layak ke Grand Finals untuk tahun ketiga berturut-turut, didominasi oleh pemain bintang ADIKLUQ yang terkenal dengan kemahiran luar biasa dan pengaruhnya dalam kejohanan besar.
Walaupun mereka mengumpul mata terbanyak pada 2023 dan 2024, kejuaraan global masih terlepas daripada genggaman mereka.
Dengan tambahan pemain berpengalaman JIMMY dan peningkatan prestasi pemain seperti OLIYO, LEONDZ, dan FLAX, CDAL kini lebih bersedia dan tekad untuk menamatkan pencarian gelaran PMGC mereka.
“Kami teruja untuk mewakili Malaysia dan bersedia memberikan yang terbaik di PMGC 2024,” kata ADIKLUQ.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!