Chivalry 2 akan tiba pada 8 Jun 2021

Torn Banner Studios mengumumkan bahawa permainan mereka Chivalry 2 akan dilancarkan pada 8 Jun tahun ini. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox Series, Xbox One, dan PC.

Versi PC akan dilancarkan secara ekslusif di Epic Games Store. Walaubagaimanapun, tawaran eksklusif ini bertempoh setahun. Ia akan dilancarkan di platform-platform lain seperti Steam pada tahun 2022.

Sebuah beta tertutup akan diadakan dari 26 hingga 29 Mac tahun ini. Untuk menyertai beta tertutup ini, anda perlu pra-tempah permainan tersebut.

Chivalry 2 mengembangkan skala dan kualiti permainan pertama. Mod multi-pemain akan memuatkan 64 pemain sekaligus dan juga menyokong permainan rentas-platform antara semua platform. Menurut Torn Banner Studios, sistem pertarungan juga ditambahbaik agar menjadi lebih rumit dan menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai permainan ini, anda boleh melayari laman web rasmi Chivalry 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+