“Ciku akan memperkuat pasukan Todak” – Ikuto

Meskipun pasukan Todak menghadapi kesukaran pada awal minggu MPL MY musim ke-9, mereka sudah mula mendapat rentak kembali.

Ajiq yang sudah selesa bermain bersama pasukan mula menunjukkan prestasi yang cemerlang baru-baru ini.

Todak mula memegang tempat pertama kumpulan B selepas mereka berulang kali memenangi perlawanan.

Tidak lama kemudian, apabila jendela perpindahan dibuka, Danial Fuad (Ciku) yang sebelum ini berehat kini kembali ke dalam barisan pemain pasukan Todak.

Pihak kami sempat menanyakan soalan kepada pengurus pasukan Todak iaitu Ikuto.

“Ini hanyalah langkah kami untuk memperkuatkan lagi barisan pemain sedia ada.

“Bagi saya, pasukan Todak buat masa sekarang sudah nampak kukuh, tetapi dengan penambahan Ciku, ini akan memberikan impak yang lebih besar kepada Todak dalam permainan mereka.

“Element of Suprise itu penting walaupun kadang-kadang kita kena buat-buat terkejut,” ujar Ikuto.

Adakah kita akan melihat Ciku bakal mengambil posisi jungler dari Ajiq untuk minggu ini atau dia akan bermain sebagai gold laner? Nantikan.

RELATED NEWS

+