Ciri Perlawanan Di Lautan Untuk Assassin’s Creed Odyssey Didedahkan

Salah satu ciri menarik yang ada pada Assassin’s Creed Odyssey dah tentunyalah pertarungan di lautan atau (naval combat) dan juga keupayaan untuk menembak musuh jatuh ke laut dengan bantuan kapal.

Mengikut Twitter Assassin’s Creed, mereka ada maklumat terbaru. Pertamanya, pertarungan itu adalah agak sama seperti yang berlaku dalam Assasin’s Creed Rogue dan Black Flag tapi dengan penambahan beberapa elemen baru.

Contohnya, ada cuaca yang akan menjadi cabaran kepada pemain.

“Kami ada sistem cuaca yang dinamik untuk menyesuaikannya dengan dunai AC ini. Berlayar boleh menjadi mencabar ketika cuaca buruk. Ia ibarat anda perlu melawan arus ombak yang besar seperti melawan kapal pihak musuh sendiri,” kata Pengarah Kreatif, Jonathan Dumont.

Korang juga mungkin takkan berlawan seorang diri di lautan luas ini.”Kita ada fungsi baru iaitu Call To Arms yang menghantar rekrut untuk mengelirukan dan melawan NPC (karakter tak boleh dimainkan).” Jadi kalau korang dalam masalah, boleh panggil bantuan.

Dumont juga berkata boleh kapal boleh dinaik taraf, jadi korang perlu bersiap sedia untuk kembara akan datang yang perlu dilepasi. 

“Anda boleh naik taraf senjata, dan gear lain untuk kapal. Kru yang direkrut juga boleh membawakan perks kepada kapal dan elemen kosmetik untuk kapal dan kru,” Ini bermakna korang boleh mencipta kapal idaman korang!

Assassin’s Creed Odyssey akan hadir pada 5 Oktober untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

RELATED NEWS

+